Assalamualaikum,
Selamat datang ke blog SILAT SENI GAYONG PORT DICKSON.
Blog ini masih dalam pembinaan.
Utk makluman lanjut, sila lawati laman facebook group kami.
SILAT GAYONG PORT DICKSON
Gelanggang/Pusat Latihan Silat Gayong Port Dickson
1. Gelanggang Panglima Hitam, Kg Arab
2. Gelanggang Pantai Mas, Port Dickson
3. Gelanggang Kg. Sawah, Bagan Pinang, Port Dickson
4. Gelanggang Sri Lalang, Rantau, Port Dickson
5. Pusat Latihan Politeknik Port Dickson
6. Pusat Latihan IJED, Port Dickson
7. Pusat Latihan Sek Men. SDASA
8. Pusat Latihan Sek. Raudhatul Ulum,Port Dickson
Untuk mendaftar menjadi Ahli/Murid Silat Gayong Port Dickson, sila hubungi
Cikgu Meor Badrul Hisham * 017-2304064
CIkgu Othman Bin Tahir * 017-3186485
Hafiz Kanafi * 012-2759248
Shaharudin Bashir * 017-3997646
Hafitzul Yadi * 017-9225850
Rizal Mohamad * 0196341007
SEJARAH SILAT GAYONG MALAYSIA
Silat Seni Gayong telah berkembang dengan pesatnya semenjak Almarhum Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman mencetuskan permainan seni ini di ketika menghadapi kemaraan tentera Jepun semasa perang dunia kedua di pulau Sudong Singapura tahun 1942. Ilmu Silat Seni Gayong pertama kali telah diajar oleh Dato’ Meor kepada beberapa pemuda penduduk pulau sudung pada 11.00 pagi 17 Februari 1942 bertempat di perkarangan rumah penghulu Pulau Sudong. Bertitik tolak dari peristiwa bersejarah tersebut maka ilmu silat seni Gayong mula berkembang ke seluruh kepulauan Nusantara dan semenanjung tanah Melayu. Minat masyarakat ramai mempelajari permainan dan ilmu Silat ini melihatkan tumbuhnya pusat-pusat latihan dan gelanggang-gelanggang di pelusok kampung, daerah dan negeri. Dari sudut adat istiadat Silat Seni Gayong, Gelanggang silat merupakan suatu tempat latihan silat yang khusus dan penting dalam menyambung kesinambungan ilmu persilatan dalam rangka memartabatkan warisan kesenian budaya bangsa. Program pembangunan semula gelanggang pusat di daerah ini seumpamanya adalah kesinambungan dari usaha menyokong dan bekerjasama atas usaha pihak Kerajaan Malaysia terutama melalui Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan (KEKKWA) untuk memartabatkan Kebudayaan ,Kesenian dan warisan mengangkat adat istiadat Silat Seni Gayong agar masyarakat memahami seterusnya mewarisinya. Dengan kesedaran ini usaha-usaha menjaga kepentingan dan mempertahankan warisan budaya bangsa, harus diteruskan oleh generasi masa depan agar mampu membentuk ciri masyarakat Malaysia yang berbudaya agar terus gemilang, cemerlang dan terbilang.
SEJARAH SILAT GAYONG DI PORT DICKSON
Pada tanggal 29hb Oktober 1964, DYMM Tunku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah memperkenankan perlantikan baginda sebagai penaung Silat Seni Gayong di Istana Sri Menanti Seremban, Negeri sembilan. Satu persembahan pertunjukan sempena Perdana Gayong kali kedua telah diadakan di padang Stesen Seremban pada 30 Oktober 1964. Pada tahun 1965, Sahabat karib Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bernama Kasnawi Kasdi yang sama-sama berkhidmat sebagai CID di singapura meminta Dato’ Meor mengembangkan Seni Gayong diseluruh Negeri Sembilan. Maka Dato Meor telah menghantar dua orang muridnya bernama Majid bin Isa dari Kedah ke Ampangan Seremban, Negeri Sembilan dan Harun b. Salleh (Cikgu Hj Haron Bin Hj Salleh) yang berasal dari Kota Sarang Semut Kedah ke Port Dickson Negeri Sembilan untuk mengajar ilmu silat seni Gayong. Gelanggang yang pertama di buka di Negeri sembilan adalah di Kg Air Meleleh kemudian selepas itu permainan silat telah mendapat sambutan yang mengalakan dengan pembukaan beberapa gelanggang seperti di Sg Pelek Sepang, Kg sawah Sunggala, Kg Bagan Pinang, Teluk Kemang, Rantau dan Ampangan seremban. Pada 30hb Jun 1986, Pertubuhan Silat Seni Gayong Cawangan Port Dickson telah didaftarkan dengan no. Pendaftaran. NS 661/62-137/(2) dengan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Port Dickson Bahagian Negeri Sembilan. Gelanggang Panglima Hitam merupakan Pusat latihan tertinggi negeri berpusat di kg Arab, Port Dickson telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ramli Ibni Hajar Pegawai daerah Port Dickson didalam satu majlis besar-besaran pada 15 Jun 1997 dan dihadiri oleh Cikgu Siti kalsom, Cikgu Adivijaya, Cikgu Razak Abd Jalil, Cikgu Abdul Kudus Ahmad, Cikgu Ishak Hasan dan Sazali Meor Rahman selain wakil dari negeri Melaka,Selangor, Perak dan Kelantan. Semasa penghujung hayatnya Almarhum Dato’ Meor Abd Rahman telah hadir kerap kali ke daerah Port Dickson iaitu pada tahun 1988, 89 dan 91. Dalam tahun 1989, beliau telah pasak-kan dua tapak gelanggang didaerah ini dan beliau sendiri telah memberi nama Gelanggang Kg Arab sebagai Gelanggang Panglima Hitam iaitu sempena nama moyang sebelah bapa dan Gelanggang Kg bagan Pinang dinamakan Gelanggang Tuan Syed Zainal Syed Idris AlAttas sempena nama nenda sebelah Bonda. Majlis dan upacara terakhir yang dihadiri oleh Dato’ Meor Abd Rahman ialah pada 25 Mei 1991 upacara istiadat perkhataman keris Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan di Bagan Pinang Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada tanggal 23 Jun 1991, Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong telah menghembuskan nafas terakhir dan kembali kerahmatullah di Hospital Ipoh specialist Centre, Perak. Maka Silat Seni Gayong terus berkembang diseluruh negeri adat pepatih sehingga kehari ini.
PESANAN UNTUK ANAK ANAK GAYONG
Dulang hanyut kelautan tujuh,
Pergi jauh pergilah sayang,
Di suatu masa kita bertemu.
Dulang hanyut kelautan tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Di suatu masa kita berpadu.
Jangan dibiarkan jatuh terhempas,
Kalau ada senjata ditangan,
Jangan biarkan musuh merampas.
Anak harimau tak dapat menyusu,
Jangan pecah mentera wahai hulubalang,
Kelak harimau hilang asu.
Ketika Daeng Kuning berdiri diatas satu batu hitam.
Batu hitam tak bergadoh,
Anak-anakku hendaklah berpakaian hitam,
Untuk mendapatkan ilmu Gayong.
Subscribe to:
Comments (Atom)